Home PolitikBarisan Nasional Kerajaan perlu bentang segera RUU Anti Lompat Parti – Naib Presiden UMNO

Kerajaan perlu bentang segera RUU Anti Lompat Parti – Naib Presiden UMNO

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Kerajaan perlu segera membentangkan Rang Udang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti tanpa berlengah lagi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembentangan RUU ini adalah iltizam UMNO untuk membasmi segala bentuk penyelewengan mandat oleh wakil rakyat yang dilantik.

“RUU yang sepatutnya dibentangkan itu sebenarnya adalah langkah yang sangat progresif,

“Ia telah menjadi bahagian penting dari reformasi politik yang UMNO dukung dengan sokongan Pakatan Harapan (PH),

“Sokongan bipartisan sedemikian bukan sahaja unik tetapi menggambarkan betapa Malaysia sedang bergerak di landasan betul dalam kematangan politiknya,” katanya dalam hantaran di media sosialnya pada Isnin.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) dan PH telah menjadi mangsa kecurangan wakil rakyat yang melompat parti selepas pilihanraya.

“Tindakan mereka itu telah menyebabkan Malaysia mengalami ketidakstabilan politik yang merencatkan kemajuan dan pembangunannya,

“Penangguhan pembentangan RUU tersebut, jika dibiarkan terlalu lama, akan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat tentang komitmen UMNO dalam menjuarai reformasi politik dan institusi seperti yang dijanjikan.

“Justeru, ikhtiar yang penting sebegini, janganlah dilengah-langah lagi dan mesti diberikan segala keutamaan oleh kerajaan,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!