LUKUT, 21 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah D9 (JSJ) dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan berjaya menahan seorang lelaki India kerana memiliki senapang patah buatan sendiri tanpa lesen di Ladang Kelapa Sawit Kampung Sungai Sendayan, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Suprintenden Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal dilakukan mendapati lelaki tersebut menggunakan senapang buatan sendiri bagi tujuan menembak babi hutan.
“Lelaki India yang berusia 55 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau,
“Suspek direman selama 3 hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat dibawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 (Akta 206) kerana memiliki senjata dan amunisi tanpa permit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, turut dirampas selaras senapang patah, 2 butir peluru penabur, 2 butir peluru penabur 70mm, sebuah motosikal Honda EX5 dan 4 butir peluru penabur tertulis Champion Excellence 70mm warna hitam (12 RC). – airtimes.my