1.2K
BEIJING, 21 Mac – Sebuah pesawat penumpang milik China Eastern Airlines dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan di selatan China, hari ini.
Menurut pihak berkuasa penerbangan China, pesawat Boeing 737-89P tersebut sedang dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou.
“Pesawat telah terputus hubungan semasa di ruang udara bandar Wuzhou. Semasa kejadian, pesawat dinaiki oleh 123 penumpang dan 9 anak kapal,” katanya.
Tambahnya, pasukan kecemasan dan penyelamat telah dikejarkan ke tempat kejadian. – airtimes.my