Home SemasaGlobal 4 anggota marin AS maut dalam nahas latihan ketenteraan NATO

4 anggota marin AS maut dalam nahas latihan ketenteraan NATO

by Air Times News Network

WASHINGTON, 21 Mac –Pasukan Kor Marin Amerika Syarikat (USMC) telah mengenal pasti 4 anggotanya yang terbunuh sewaktu penerbangan latihan yang diadakan di Norway, pada Jumaat.

Portal berita antarabangsa melaporkan, pesawat MV-22B Osprey dilaporkan hilang pada jam 6.26 petang (waktu tempatan) ketika dalam penerbangan ke pusat bandar Bodo di utara Bulatan Artik.

“Kedudukan terakhir pesawat itu dilaporkan di kawasan pergunungan Saltfjellet di daerah Nordland,

“Pesawat malang terbabit dikesan helikopter penyelamat, dan dilaporkan terhempas di perbandaran Beiarn,

“Punca nahas masih dalam siasatan pihak berkuasa. Anggota marin yang maut telah dikeluarkan dari lokasi nahas seterusnya dibawa pulang ke AS,” kata Ketua Polis Nordland, Bent Arne Eilertsen yang dilaporkan CNN.

Jeneral Komander Sayap Marin Kedua, Mejar Jeneral Michael Cederholm berkata, anggota yang ditemui maut ialah Kapten Matthew J. Tomkiewicz dari Indiana, Kapten Ross A. Reynolds dari Massachusetts, Gunnery Sergeant James W. Speedy dari Cambridge dan Korporal Jacob M. Moore dari Kentucky.

“Pesawat itu mengambil bahagian dalam Eksesais Cold Response 2022,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, Eksesais Cold Response 2022 adalah untuk menyatukan tentera-tentera dari sekutu NATO itu telah diumum sejak 8 bulan lalu, bagi menguji keupayaan kerjasama dalam keadaan cuaca sejuk meliputi darat, laut dan udara di seluruh Norway.

“Ia tiada kaitan dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine di mana NATO didakwa bertindak balas melalui eksesais itu,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!