Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup haiwan dan barangan kosmetik

Polis Marin gagalkan cubaan seludup haiwan dan barangan kosmetik

by Air Times News Network

TAWAU, 17 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mematahkan cubaan seludup burung pelbagai spesis dan barangan kosmetik ke Indonesia di kawasan CIQ Lama, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintenden Ridzauddin Selamat berkata, pasukannya telah rampasan beberapa kotak mencurigakan yang diletakkan di atas tong ikan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa ekor burung pelbagai spesis dalam kotak berkenaan” katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, Ridzauddin berkata pihaknya juga berjaya menggagalkan cubaan seludup barangan kosmetik di kawasan yang sama.

“Pasukan mengesan beberapa kotak mencurigakan diletakkan di luar bangunan CIQ Lama dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa paket kosmetik dari Filipina dipercayai untuk diseludup ke Malaysia”, jelas beliau.

Ridzauddin menjelaskan, tiada individu tampil mengaku sebagai pemilik barang tersebut dan semua hasil rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Enekmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dan Peraturan 18(1)(a) Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984,

“Kesemua nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM53,400.00”, ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!