Home Semasa JAKIM diarah dapatkan penjelasan SKMM berhubung aplikasi Hijrah Diri

JAKIM diarah dapatkan penjelasan SKMM berhubung aplikasi Hijrah Diri

by Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mendapatkan penjelasan dan tindakan lanjut mengenai aplikasi Hijrah Diri, yang telah dikeluarkan dari Google Play.

Beliau berkata perkara itu sangat mendukacitakan apabila sebuah aplikasi untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri, telah dinafikan golongan tertentu apatah lagi menjelang bulan Ramadan.

“Sedangkan banyak lagi aplikasi yang mendorong kepada maksiat telah berleluasa dengan megah di peranti yang kian merosak jiwa umat Islam dan anak muda kini.

“Ini cabaran besar kita dan mari kita tempuh bersama! Kepada Allah kita berserah setelah segala keringat kita baktikan untuk agama,” katanya dalam hantaran Facebook rasminya malam ini.

Beliau turut memohon semua umat Islam dan rakyat Malaysia mendoakan agar usaha kecil pihaknya melalui agensi utama iaitu Jakim untuk mengajak manusia kembali kepada Allah dipermudahkan.

Aplikasi Hijrah Diri telah dibangunkan Jakim bagi mengajak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri (LGBTQ) untuk kembali kepada fitrah masing-masing. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!