Home Semasa AMK Pandan buat laporan polis terhadap pendakwah bebas

AMK Pandan buat laporan polis terhadap pendakwah bebas

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pandan menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang telah mengeluarkan kenyataan melaga-lagakan umat Islam dan bukan Islam.

Naib Pemuda AKM Pandan, Ruben Raj mendakwa Muhammad Zamri dengan sengaja telah mengeluarkan beberapa ayat yang melagakan umat Islam dengan agama lain yang jelas bertentangan dengan wadah perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tambahnya, laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada Khamis.

“Petang semalam, saya bersama saudara M Jay Raj telah membuat sebuah laporan polis terhadap individu yang bernama Zamri Vinoth Kalimuthu, susulan dari ucapan dia di sebuah ceramah yang berlangsung baru-baru ini,

“Kami menerima rakaman ceramah itu melalu Applikasi Tik Tok, dalam ceramah tersebut Zamri telahpun mengunakan ayat-ayat yang sememangnya dengan sengaja melaga-lagakan umat Muslim dan yang bukan Muslim,

“Antara ayat-ayat yang terkandung dalam ucapan si Zambri adalah seperti ‘Orang-orang bukan Islam membenci kita’; ‘Dia pijak di atas kepala kita’; ‘Apabila mereka menjadi pemimpin mereka menzahirkan kebencian mereka terhadap kita’,

Selain itu, terdapat juga kenyataan ‘Hari ini saya nak memberi amaran kepada orang-orang bukan Islam yang ada di Malaysia ini. Jika mahu kita hidup dengan aman dan damai, You Watch Out Your Mouth’; ‘Jika mahu kekal aman di Malaysia – You Please Behave’ dan ‘Mereka akan naik tanduk besok dan dia pun’,” jelasnya dalam hantaran di media sosial pada Jumaat.

Ruben menjelaskan provokasi sebegini jelas bertentangan dengan wadah perjuangan PKR, yang meraikan kepelbagaian masyarakat majmuk di dalam negara.

“Laporan induk telahpun dibuat semalam di IPD Sentul oleh Thiban Subbramaniam dan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran,

“Kami menggesa siasatan polis dijalankan terhadap Zamri Vinoth Kalimuthu di bawah, Seksyen 298, 298A dan 504 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!