Home SemasaGlobal Rusia mesti hentikan tindakan ketenteraan di Ukraine – Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Rusia mesti hentikan tindakan ketenteraan di Ukraine – Mahkamah Keadilan Antarabangsa

by Natasha Azereen

Rusia mesti hentikan tindakan ketenteraan di Ukraine – Mahkamah Keadilan Antarabangsa

GENEVA, 17 Mac – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengarahkan kerajaan Rusia agar segera menghentikan segala operasi ketenteraan di Ukraine, semalam.

Dalam prosiding yang berlangsung di The Hague, kesemua 15 hakim ICJ telah mengundi dengan keputusan 13 menyokong, manakala 2 lagi tidak bersetuju terhadap keputusan tersebut.

Keputusan ICJ ini merupakan tindak balas terhadap saman yang difailkan oleh Ukraine ke atas Rusia pada 27 Februari lalu.

Dalam writ saman berkenaan, Ukraine mendakwa Rusia hanya menggunakan taktik manipulasi dengan mendakwa berlakunya pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat di Luhansk dan Donetsk, supaya Rusia boleh melaksanakan “operasi ketenteraan khas” bagi mengekang peristiwa tersebut.

Walaubagaimanapun, ICJ tiada kuasa untuk memaksa Rusia untuk mematuhi arahan terbabit.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) António Guterres menerusi hantaran di Twitternya, menyatakan majoriti keputusan undian oleh para hakim telah memperkukuhkan rayuan usaha perdamaian.

“Sememangnya sebarang operasi ketenteraan, yang dilakukan oleh Persekutuan Rusia di wilayah Ukraine, tidak dapat mengelakkan tragedi kehilangan nyawa, penderaan mental dan fizikal, serta kerosakan harta benda dan alam sekitar,

“Pencerobohan Rusia telah mengakibatkan banyak kematian dan kecederaan orang awam,

“Sebilangan besar orang ramai cuba melarikan diri dari bandar-bandar yang terjejas dalam keadaan yang tidak selamat, “kata Presiden ICJ, Joan Donoghue.

ICJ adalah badan kehakiman utama UN dan ditubuhkan menerusi Piagam UN pada 1945.

Mahkamah itu terdiri 15 hakim yang dipilih untuk tempoh 9 tahun oleh Perhimpunan Agung UN dan Majlis Keselamatan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!