Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin halang cubaan bot PATI ceroboh Tawau

Polis Marin halang cubaan bot PATI ceroboh Tawau

by Air Times News Network

TAWAU, 17 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 berjaya menghalang cubaan sebuah bot pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran yang cuba masuk di perairan Pulau Sebatik, pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4, Deputi Superintenden Polis Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya menahan sebuah bot dijuragani seorang lelaki yang membawa 3 orang penumpang warga Indonesia.

“Bot tersebut dinaiki 2 lelaki dan seorang wanita berumur di antara 20 hingga 40 tahun,

“Juragan bot dan kesemua penumpang telah diberi penerangan berkaitan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 seperti mana dalam Perintah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,

“Bot juga diiring keluar dan diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19,” katanya menerusi laman media sosial PPM Wilayah 4.

Dalam masa yang sama, Ridzauddin menyeru masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah rentas sempadan kepada pihak berkuasa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!