Home Semasa Hantar tentera NATO ke Ukraine akan cetus peperangan lebih besar

Hantar tentera NATO ke Ukraine akan cetus peperangan lebih besar

by M.Daim

BRUSSELS, 17 Mac – Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg menegaskan langkah untuk menguatkuasakan zon larangan terbang di Ukraine akan menjadikan krisis perang di negara itu akan menjadi lebih buruk.

“Semua negara anggota NATO telah bersetuju untuk tidak menghantar tentera serta meguatkuasakan zon larangan terbang di ruang udara di Ukraine,

“Kita mempunyai tanggungjawab untuk menggelakkan peperangan merebak keluar dari Ukraine,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat NATO.

Jelasnya, NATO menolak cadangan tersebut bagi mengelakkan tercetusnya konflik dengan Rusia.

“Kita melihat sendiri kematian, kemusnahan dan kesengsaraan yang berlaku di Ukraine,

“Perkara ini akan menjadi lebih buruk sekiranya NATO bertindak dan seterusnya menyebabkan perang skala besar antara NATO dan Rusia,” ujarnya.

Jens menambah, pihak NATO telah sepakat untuk meneruskan penghantaran bantuan dan peralatan tempur ke Ukraine. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!