WASHINGTON, 17 Mac – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah meluluskan bantuan tambahan kepada Ukraine.
Menurut beliau, jumlah keseluruhan bantuan yang diluluskan pada minggu ini adalah US$1bilion.
“Pakej bantuan baharu ini merangkumi sistem pertahanan udara, misil anti armor dan persenjataan lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, bantuan persenjataan turut disalurkan oleh negara sekutu bagi memastikan Ukraine berupaya untuk menentang tentera Rusia.
“AS dan negara rakan sekutu sentiasa berusaha untuk salurkan sistem persenjataan kepada Ukraine,” ujarnya.
Dalam pada itu, Biden mengesahkan lebih 2 juta pelbagai jenis peluru dibekalkan kepada Ukraine.
“Bilangan ini termasuk dron yang merupakan simbol komitmen kami untuk membekalkan sistem persenjataan berteknologi tinggi kepada Ukraine untuk mempertahankan diri,
“Kita turut mengenalpasti sistem pertahanan udara jarak jauh untuk digunakan oleh Ukraine,” kata Biden. – airtimes.my