Home Pertahanan dan Keselamatan Kempen derma darah bantu bekalan di Hospital Sibu

Kempen derma darah bantu bekalan di Hospital Sibu

by Air Times News Network

SARAWAK, 10 Mac – Seramai 72 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dibawah naungan Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Briged) telah terlibat dengan Kempen Derma Darah Tahun 2022 bertempat di Kompleks Islam, semalam.

Markas 9 BGD hantaran di media sosialnya berkata, objektif kempen ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan awam tentang kepentingan derma darah terhadap masyarakat.

“Kempen ini juga dapat memberi manfaat kepada pesakit-pesakit yang memerlukan serta membantu pihak Hospital Sibu mengumpul dan melengkapkan Tabung Darah hospital tersebut,

“Kempen derma darah ini merupakan anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak Bahagian Sibu dengan kerjasama Hospital Sibu,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!