KUALA LUMPUR, 8 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menerima beberapa perolehan baru bagi Kenderaan Jenis B (KJB) dan senjata bagi memperkuatkan lagi ketumbukan TDM.
TDM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, perolehan aset tersebut meliputi trak 1 tan GS Cargo, trak 1 tan Fitted For Radio (FFR), trak 3 tan dan 1 tan FFR untuk MALBATT 850 serta bas 44 penumpang.
“Selain itu, TDM juga menerima 280 laras senjata pada penghujung Februari melibatkan 40 unit Sniper Rifle 12.7 mm dan 240 unit Light Machine Gun (LMG) 5.56 mm,” kata hantaran itu.
Jelasnya, kesemua kenderaan dan persenjataan tersebut telah menjalani Final Acceptance Test (FAT) oleh TDM pada hujung tahun 2021 dan awal tahun 2022.
“Perolehan aset sebegini juga sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28,
“Iaitu memberi penumpuan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompentensi dan aset TDM,” jelasnya.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain di perkarangan Garaj A, 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP), Kem Batu Kentomen, pada Isnin. – airtimes.my