Home Semasa 33,406 jangkitan baharu COVID-19, tertinggi direkodkan

33,406 jangkitan baharu COVID-19, tertinggi direkodkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia masih kekal melepasi angka 30,000 dengan mencatatkan sebanyak 33,406 kes semalam, sekali gus rekod tertinggi sejak pandemik tersebut dilaporkan di negara ini.

Ia kali keenam kes melepasi angka 30,000 dengan kelmarin (33,209 kes), 3 Mac (32,467 kes), 25 Februari (30,644 kes), 24 Februari (32,070 kes) dan 23 Februari (31,199 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu semalam, menjadikan jumlah kumulatif pesakit akibat wabak tersebut di negara meningkat kepada 3,595,172 kes.

Beliau menjelaskan, daripada jumlah yang dilaporkan semalam, sebanyak 342 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala, selebihnya merupakan kes tempatan.

“Mengikut pecahan negeri-negeri, kes semalam dilaporkan di Selangor (9,651 kes), Kuala Lumpur (3,603 kes), Kedah (2,946 kes), Johor (2,713 kes), Pulau Pinang (2,621 kes), Sabah (1,778 kes), Pahang (1,619 kes), Negeri Sembilan (1,565 kes) dan Kelantan (1,550 kes),

“Seterusnya Perak (1,491 kes), Sarawak (1,455 kes), Terengganu (856 kes), Melaka (931 kes), Labuan (267 kes), Perlis (228 kes) dan Putrajaya (132 kes),” berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, pada Ahad.

Dalam masa sama, sebanyak 67 kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,173 kes serta sebanyak 23 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,853 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut menjelaskan, sebanyak 371 kes kini memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dimana 131 kes disahkan COVID-19, 240 kes disyaki, kemungkina dan kes dalam siasatan).

Manakala, sebanyak 226 kes yang memerlukan bantuan pernafasan termasuk 74 kes disahkan COVID-19, 152 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan. -airtimes.my

Sebanyak 67 kes kematian COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 33,173 kes serta sebanyak 23 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,853 kes.

@KKMPutrajaya @DGHisham @Khairykj

#KKM #COVID19 #ICU #semasa #AirTimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!