Home Pertahanan dan Keselamatan 267 Harimau Biru dianugerahkan pingat PBB

267 Harimau Biru dianugerahkan pingat PBB

by Nurulhuda

MARAKAH, 4 Mac – Seramai 52 orang pegawai dan 215 anggota pasukan Malaysian Battalion 850-9 (MALBATT 850-9) telah dianugerahkan pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diatas jasa bakti perkhidmatan dalam menjalankan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Markas Angkatan Bersama (MK AB) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, Komander MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin, menjadi orang pertama dianugerahkan pingat tersebut.

Majlis telah disempurnakan oleh Komander Sektor Barat UNIFIL, Brigedier Jeneral Massimiliano Stecca, di Padang Kawad UNP 2-1, Kem Marakah, semalam.

“Perbarisan ini bertujuan untuk mengiktiraf komitmen dan profesionalisme setiap anggota pengaman yang berkhidmat dibawah Panji-Panji PBB dalam mendokong tugas dan mandat yang diberikan,

“Ianya bukan sahaja sebagai tanda penghargaan tetapi juga sebagai anjakan moral yang akan memberi inspirasi kepada anggota pengaman untuk memberi impak yang positif dalam perkhidmatan yang lebih baik pada masa-masa akan datang,

“Pengiktirafan ini layak diberikan kepada mana-mana anggota pengaman yang bertugas di bawah misi PBB melebihi 90 hari,” jelas hantaran itu.

Majlis turut melibatkan kehadiran Mr. Adel Saad, Mayor Marakah dan wakil-wakil batalion lain yang turut serta bagi bersama-sama menyaksikan upacara tersebut selain dapat berinteraksi, memperkukuhkan kesatuan dan menjalinkan kerjasama erat. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!