Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Anggota Tentera Darat Malaysia bukan sekadar ‘makan dan tidur’ – Ahmad Zahid

Anggota Tentera Darat Malaysia bukan sekadar ‘makan dan tidur’ – Ahmad Zahid

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Mac – “Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) kita bukan sekadar ‘makan dan tidur’, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, TDM adalah perspektif strategik negara yang harus terus diperkasakan dari semasa ke semasa.

“Saya ucapkan selamat ulang tahun ke-89 kepada seluruh warga angkatan TDM.

“Merekalah sebahagian pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) panji kepada kedaulatan dan kemerdekaan negara,” katanya sempena ulang tahun ke-89 TDM dalam hantaran di media sosialnya pada Selasa.

Menurutnya, sejarah panjang TDM mempertaruh seluruh jiwa dan raga demi kemakmuran rakyat serta negara harus diperakui oleh semua.

“Menentang pencerobohan tentera Jepun, melawan keganasan komunis, mempertahankan negara semasa konfrontasi 1969,

“Berdepan ancaman pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada tahun 2013 bersama-sama anggota VAT69 dan banyak lagi,

“Membanteras jenayah rentas sempadan serta terlibat dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan penyaluran bantuan di negara perang,” ujarnya.

Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Pertahanan dari 9 April 2009 sehingga 16 Mei 2013 mengesahkan anggota TDM bukan sekadar ‘makan dan tidur’.

“Seperti angkatan bersenjata lain, TDM memainkan peranan penting melindungi wilayah berdaulat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,

“Dan buat pertama kali dalam sejarah negara, sebagai Menteri Pertahanan saya memperkenalkan Dasar Pertahanan Negara yang menyeluruh,

“Ia suatu dasar yang dibuat pada tahun 2010 berkait dengan pertahanan negara secara komprehensif dan bersifat jangka masa Panjang,” jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika itu tahu negara tidak boleh sama sekali alpa dengan keamanan dikecapi kerana pada bila-bila masa konflik atau kekacauan boleh tercetus.

Semalam, Tentera Darat menyambut Hari Ulang Tahun ke-89 dengan tema ‘Kesejahteraan Keluarga Tentera Darat Diutamakan, Kedaulatan Negara Terjamin’ di Kem Segenting di Port Dickson, Negeri Sembilan. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!