PASIR MAS, 28 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus komited melaksanakan tugas sekunder dalam Operasi Murni (Op Murni) dengan membantu menghantar bekalan makanan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir di Pasir Mas, Kelantan, hari ini.
Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam hantaran di media sosialnya berkata, bantuan dihantar ke PPS Sekolah Agama Tahfiz, Pasir Mas dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kelantan pada jam 12 tengahari tadi.
Selain itu, 21 RAMD turut membantu memindahkan 8 orang mangsa banjir di kawasan Perindustrian Ampang, Pasir Mas pada jam 11.45 pagi.
Semantara itu, ATM melalui TDM akan terus membantu agensi keselamatan yang lain melalui koordinasi Pusat Operasi Bencana (POB) negeri untuk memberi bantuan memindahkan mangsa banjir yang terjejas di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu. – airtimes.my
Gambar galeri: