Home Semasa Sekolah Sains Perisikan Imigresen tingkat kompentasi pegawai penguatkuasa

Sekolah Sains Perisikan Imigresen tingkat kompentasi pegawai penguatkuasa

by Air Times News Network

KUALA PERLIS, 26 Feb – Sekolah Sains Perisikan Imigresen berperanan meningkatkan kapasiti dan kompetensi pegawai-pegawai penguatkuasa khususnya dalam bidang ilmu perisikan.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam hantaran di media sosialnya berkata, majlis perasmian Pusat Latihan Imigresen Wilayah Utara (INTRAC) sebagai Sekolah Sains Perisikan Imigresen telah disempurnakan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, pada Khamis.

“Pusat latihan ini telah diperluaskan fungsinya menjadi Sekolah Sains Perisikan Imigresen yang berperanan dalam meningkatkan kapasiti dan kompetensi pegawai-pegawai penguatkuasa di seluruh Malaysia khususnya bidang ilmu perisikan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Datuk Zakaria Shaaban, Pengarah Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Basri Othman, Pengarah Imigresen Negeri Perlis, Khairul Amin Talib dan Pengarah Imigresen Negeri Perak, Hapdzan Husaini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!