Home Pertahanan dan Keselamatan Lagi PATI Filipina diusir dari perairan negara

Lagi PATI Filipina diusir dari perairan negara

by Nurulhuda

SANDAKAN, 24 Feb – Sebuah bot yang dinaiki oleh 11 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina diarah patah balik ketika cuba menceroboh masuk perairan negara di kawasan Pulau Berhala, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan, Deputi Komisioner Polis Rusdin Banin berkata, pasukannya telah mengesan bot tersebut dalam keadaan mencurigakan dari perairan jiran memasuki perairan negara sebelum ianya berjaya dipintas.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati seramai 9 orang lelaki dan 2 orang perempuan tidak memiliki sebarang dokumen dan mengakui berasal daripada Filipina.

“Pengusiran telah dibuat dan diiring keluar dari perairan negara. Pengusiran dilakukan supaya tidak memasuki perairan negara selaras dengan kehendak undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998 bagi mengekang penularan wabak COVID 19,” jelasnya menerusi hantaran di media sosial PPM Wilayah 4 malam tadi.

Rusdin turut menjelaskan, pihaknya menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat kepada pasukan keselamatan bagi memastikan keselamatan serta kemakmuran setempat terkawal.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!