Home Pertahanan dan Keselamatan Sindiket edar minuman keras tanpa cukai tumpas

Sindiket edar minuman keras tanpa cukai tumpas

by Nurulhuda

PULAU INDAH, 23 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang berjaya menahan 3 individu yang menjalankan aktiviti pengedaran minumam keras tanpa cukai di kawasan Pakir Berpagar, Taman Klang jaya , Klang, kelmarin.

Komander PPM Wilayah 1 Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut ditahan ketika sedang memunggah barangan dari kawasan parkir ke sebuah lori lain.

“Bertindak atas maklumat risikan semasa menjalankan tugas Operasi Kontraband sepasukan PPM telah dikerahkan di kawasan parkir dan mendapati 3 orang lelaki yang berada di belakang lori yang sedang memunggah barang dari situ ke lori yang lain,

“Hasil pemeriksaan ke atas 2 lori tersebut mendapati sedang memunggah minuman keras yang tidak bercukai,

“Selain itu, hasil pemeriksaan selanjutnya di kawasan tersebut mendapati sebuah kereta jenis Toyota Estima dan disyaki sedang menjalani aktiviti memunggah pelbagai minuman keras yang tidak bercukai,” jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.

Shamsol berkata, kesemua suspek yang ditahan berumur daripada 23 sehingga 32 tahun.

“2 orang suspek warganegara Malaysia dan seorang suspek warga asing India,

“Manakala, jumlah rampasan minuman keras dan kenderaan bernilai RM653,534,98,” tambahnya.

Jelasnya, kesemua tangkapan serta barang rampasan telah dibawa ke pengkalan PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan selanjutnya dan suspek akan dikenakan hukuman dibawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1859/63.

“Kesemua tangkapan serta rampasan diserahkan kepada pengawai penyiasat IPD Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya,”ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!