Home SemasaGlobal Majikan tidak perlu minta sijil cuti sakit dari pekerja positif COVID-19

Majikan tidak perlu minta sijil cuti sakit dari pekerja positif COVID-19

by Air Times News Network

SINGAPURA, 23 Feb – Kementerian Tenaga Manusia Singapura menggesa para majikan untuk tidak meminta sijil cuti sakit (MC) dari pekerja yang disahkan positif COVID-19 dalam berdepan peningkatan jangkitan gelombang Omicron ketika ini.

Menteri Tenaga Manusia Singapura, Dr. Tan See Leng berkata, majikan harus membiasakan diri dengan protokol kesihatan semasa dan mengecualikan pekerja untuk kembali bertugas bagi tempoh yang diperlukan.

“Pekerja tidak perlu menyerahkan memo atau penilaian perubatan sebelum mereka dibenarkan kembali bekerja selepas tempoh kuarantin yang ditetapkan,

“Rakyat Singapura yang memerlukan rekod jangkitan rasmi pula boleh membuat janji temu untuk menjalani Antigen Rapid Test (ART) di bawah seliaan pusat ujian pantas di seluruh negara,” kata beliau yang dilaporkan media tempatan.

Jelasnya, ujian tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan sehingga 15 Mac ini dan status keputusan akan dipaparkan menerusi aplikasi HealthHub individu dalam tempoh 30 minit.

“Mereka yang menjalani ART di pusat-pusat ujian tersebut juga akan mendapat notifikasi SMS dan boleh digunakan sebagai bukti dokumen jangkitan masa lalu,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!