Home Semasa Imigresen cari lelaki tempatan bantu perbicaraan di Mahkamah

Imigresen cari lelaki tempatan bantu perbicaraan di Mahkamah

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu kes perbicaraan di Mahkamah.

JIM dalam satu kenyataan berkata, individu tersebut dikenali Ng Yew Joe, 33, bernombor kad pengenalan 891109-07-5543, yang beralamat terakhir di No. 26, Tingkat Jelutong, 11600 Georgetown, Pulau Pinang.

Menurutnya, individu tersebut dikehendaki bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Khas PATI Semenyih berhubung satu kes pendakwaan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK), Mohd Azamuddin Long, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya di talian 03-88801338/1330 pada waktu pejabat serta Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya. – airtimes.m

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!