Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin patahkan aktiviti bom ikan di Lahad Datu

Polis Marin patahkan aktiviti bom ikan di Lahad Datu

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 22 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu berjaya gagalkan aktivit bom ikan di perairan Lahad Datu, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintenden Gan Ping Sin berkata, Polis Marin mengesan sebuah perahu mencurigakan serta bertindak mengejar dan telah menemui perahu tersebut ditinggalkan di persisiran pantai laut.

“Pemeriksaan keatas perahu berkenaan berjaya menjumpai pelbagai peralatan disyaki digunakan bagi aktiviti bom ikan serta beberapa pukat berisi pelbagai jenis ikan dirampas,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM Lahad Datu.

Katanya, kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM1,750.

“Kesemua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu dan kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan diserah ke Jabatan Perikanan Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Tegasnya, sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang boleh dilaporkan secara terus ke Pusat Komunikasi PPM Sabah. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!