Home Semasa SPRM kesan 2 individu bantu siasatan

SPRM kesan 2 individu bantu siasatan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sedang mengesan 2 individu bagi membantu siasatan kes.

SPRM menerusi satu kenyataan berkata, individu pertama yang dicari adalah Khor Jun Han @ Kevin, 32, mempunyai alamat terakhir di No. 15, Jalan74/26, Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur.

Manakala, individu kedua, Muhammad Nizamuddin Mohd Iskandar, 20, pula mempunyai alamat terakhir di No 3-2B, Jalan Desa 9/2, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai 2 individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, PPs Ahmad Nuri Muda di talian 017-204 7355 atau 03-5525 6500. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!