Home Pertahanan dan Keselamatan ATM pertingkat perolehan aset kontijen MALBATT di Lubnan

ATM pertingkat perolehan aset kontijen MALBATT di Lubnan

by Nurulhuda

MARAKAH, 21 Feb – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa melaksanakan kajian dan penambahbaikan secara berterusan bagi memastikan kesiagaan Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) berada di tahap yang tinggi dalam melaksanakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM berkata, ATM kini telah merancang perolehan sebanyak 15 buah trak 3 tan serta 20 buah kenderaan pacuan 4 roda FFR (Fitted for Radio) untuk kegunaan anggota MALBATT 850-9.

“Semoga dengan perolehan aset-aset baharu yang bakal diterima, akan dapat meningkatkan tahap keberkesanan operasi sekaligus membina keyakinan anggota MALBATT 850-9 untuk memberikan khidmat yang terbaik sepanjang menjayakan misi UNIFIL ini,” katanya dalam ucapan sempena lawatan kerja beliau ke Kem Malbatt, pada hari ini.

Lawatan kerja ini merupakan yang pertama kepada beliau sejak mengambil alih tampuk pemerintahan ATM sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-21 pada 2 Januari 2020 lalu.

Pada masa sama, Affendi turut mengingatkan kontijen MALBATT 850-9 untuk melihat tatacara pelaksanaan misi UNIFIL serta menilai keboleh-upayaan rakyat tempatan dalam memastikan kelangsungan hidup mereka.

“Pemerhatian sebegini perlu direkodkan bagi membolehkan penambahbaik dokumen serta doktrin sedia ada melalui proses learn, unlearn and relearn apabila pulang ke tanahair kelak,

“Segala gerak kerja sudah tentunya akan memberi manfaat buat kedua-dua ATM dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam mengaturgerak angkatan di bawah misi UNIFIL di masa hadapan,” jelasnya.

Terdahulu, Affendi ketibaan Affendi di Kem Marakah telah disambut oleh Sector West Commander, Brigadier General Massiliano Stecca; Panglima Angkatan Bersama (MK AB), Leftenan Jeneral Datuk Yazid Arshad TUDM; Komander MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin serta Pegawai Kanan.

“Perbarisan ini berkonsepkan perbarisan statik yang melibatkan semua anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM dan juga anggota ABDB,

“Dalam masa yang sama, perbarisan kali ini turut mempamerkan aset-aset MALBATT iaitu 10 x RPZ Condor Twin GPMG, 4 x Guardian, 2 x RPZ Condor 20 MM Orlingkon dan RPZ Condor ACV,” jelas MK AB.

Perbarisan ini melibatkan 4 detasmen yang terdiri daripada 22 pegawai dan 123 anggota dan diketuai oleh Komander Ahmadi Zamani Kamaruzzaman TLDM.

Turut hadir dalam lawatan ini, Ketua Pengarah Perancangan dan Pembangunan, Brigedier Jeneral Datuk Wan Amin Hafiz Wan Mahmud TUDM.-airtimes.my

Galeri Gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!