Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan bot tunda, 4 kru warga Indonesia di Sungai Miri

APMM tahan bot tunda, 4 kru warga Indonesia di Sungai Miri

by Air Times News Network

MIRI, 21 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri menahan sebuah bot tunda kerana tiada lesen perkapalan dalam negeri (DSL) di lebih kurang 42 batu nautika dari barat laut muara Sungai Miri, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Miri, Komander Maritim Eizanizam Muhammad Eng berkata, Kapal Maritim (KM) Stapa semasa sedang menjalan rondaan Operasi Permai di sekitar perairan Miri telah mengesan kehadiran bot tunda tersebut dalam keadaan berapung dan mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati bot tunda itu dikendalikan 4 kru warga Indonesia berumur dalam lingkungan 29 hingga 50 tahun,

“2 kru termasuk tekong mempunyai dokumen pengenalan diri, manakala 2 lagi hanya mempunyai kad pelaut semasa diperiksa dan tekong juga telah gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan bot tunda itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bot kemudiannya ditahan dan diiring masuk ke jeti Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Pulau Melayu untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Ordinan Kapal Saudagar 1952/60 kerana gagal mengemukakan Lesen Perkapalan Dalam Negeri dan Akta Imigresen 1959/63 gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah,

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM10 ribu atau penjara tidak lebih satu tahun,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply