PUTRAJAYA, 20 Feb – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 (booster) berkesan dalam menghadapi gelombang Omicron.
“Booster memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19,
“Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di FB (Facebook). Lindungi diri. Dapatkan dos penggalak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan sebanyak 28,825 kes harian dilaporkan pada 19 Februari 2022.
Menurut beliau, 28 734 kes adalah melibatkan penularan tempatan termasuk 663 pesakit bukan warganegara.
Sebanyak 91 kes import dilaporkan.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, 99.67 peratus (28,730) kes adalah melibatkan pesakit kategori 1 dan 2. Pesakit kategori 3, 4, dan 5 pula merangkumi 0.33 peratus atau 95 kes.
“9 kes daripada 28,825 kes) telah meninggal dunia dengan 4 merupakan kes brought-in-dead (BID),” kata Noor Hisham dalam satu kenyataan.
Noor Hisham menyatakan sebanyak 18,514 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam hari Sabtu. – airtimes.my
Notis peringatan: Artikel dan berita eksklusif Air Times News Network tidak dibenarkan untuk diulang terbit, ulang siar, dan dicetak. Penggunaan sebagai konten Youtube termasuk skrip turut dilarang sama sekali.