[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=zl_oPI01h7I[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 18 Feb – Tular beberapa video memaparkan sebuah kapal Pengawal Pantai China (China Coast Guard, CCG) berlayar berhampiran di sebuah pelantar minyak di Sarawak.
Ketiga-tiga video tersebut telah disiarkan di sebuah akaun media sosial tempatan di Sarawak.
Walaupun tidak dinyatakan di mana dan bila kejadian ini berlaku, kewujudan video ini telah menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen Bumi Kenyalang.
Malah, ada di kalangan mereka tidak menafikan kejadian ini kerap berlaku di perairan negeri itu.
“China Coast Guard, dah banyak kali menceroboh tapi kerajaan masih berlembut,” kata seorang pengguna bernama Dzul Karim.
Perkara yang sama turut dikongsikan oleh seorang lagi netizen yang menyatakan CCG telah kerap hadir dan menghampiri pelantar minyak di luar pesisir Sarawak.
“Tahun lepas, semasa projek Pegaga (berjalan, dua kali kapal CCG meronda-ronda di area pelantar minyak,
“Apakah motif mereka masuk ke perairan negara?” kata Apai Arez Authler.
Sementara itu, Romey JC menyatakan perkara ini telah kerap berlaku semenjak tahun 2014.
“Lama dah, mereka sana dari 2014 dulu mereka dah kat sana, kita saja yang lalai,” ujar beliau.
Sementara itu, seorang lagi pengguna, Frank Punya mendakwa situasi sebegini berlaku kerana keadaan semasa aset pertahanan negara.
“Maaf, kapal perang Malaysia jadi kelabu asap. Order tak pernah sampai, helikopter pun,
“Kapal perang kita dah uzurdan sedia untuk discrap. Negara yang penuh dengan rasuah, senyum saja China.
“Tak hairan Benting Ali reef akan jadi pangkalan terbaru China untuk menjaga peraian pantai Malaysia. Menteri pertahanan big brother,” kata Frank.
Video pendek tersebut telah menunjukkan sebuah kapal berwarna putih berlayar berhampiran pelantar minyak. Rakaman tersebut menunjukkan bendera Malaysia, Sarawak dan Petronas yang berkibar di atas platform tersebut.
Melihat dari segi rupa bentuk, berkemungkinan besar kapal yang ditunjukkan adalah Zhongguo Haijing 5305, kelas Zhao Duan.
Kapal ini pernah dikesan berlayar di kawasan lapangan minyak di Sarawak pada tahun 2020 dan di Natuna pada akhir 2021. – airtimes.my
Notis peringatan: Artikel dan berita eksklusif Air Times News Network tidak dibenarkan untuk diulang terbit, ulang siar, dan dicetak. Penggunaan sebagai konten Youtube termasuk skrip turut dilarang sama sekali.