Home Pertahanan dan Keselamatan Lelaki warga asing miliki arak tidak bercukai ditahan

Lelaki warga asing miliki arak tidak bercukai ditahan

by Nurulhuda

SENAI, 14 Feb – Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menahan seorang warganegara asing bersama 21 kotak minuman keras tanpa cukai yang diaggarkan bernilai RM16,560 di sebuah premis di Jalan Raya, pada Jumaat lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Polis Dimin Awang dalam kenyataan berkata, kotak-kotak arak tersebut dijumpai di bahagian stor utama premis tersebut.

“Ketika serbuan dilakukan, suspek sedang memunggah beberapa karton arak dipercayai tidak bercukai di bahagian stor utama premis,

“Anggaran nilai arak RM16,560 dengan anggaran nilai cukai ialah RM28,460. Manakala, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM46,520,” jelasnya.

Dimin menjelaskan, hasil siasatan awal terhadap suspek dipercayai aktif membekalkan arak tidak bercukai ke kedai-kedai runcit di sekitar kawasan Johor Bahru.

Tambahnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” tegasnya.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan ini berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket pengedaran arak tidak bercukai di sekitar kawasan Johor Bahru.

Pada masa yang sama, beliau menyeru kepada orang awam terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di dalam negara. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!