Home PolitikPakatan Harapan Ketua Wanita PKR, antara 5 calon PH diumum bertanding pada PRN Johor

Ketua Wanita PKR, antara 5 calon PH diumum bertanding pada PRN Johor

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 14 Feb – Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengumumkan 5 calon bagi kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri di bahagian selatan yang akan bertanding Pilihan Raya (PRN) Johor, hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calon bagi zon selatan Johor dengan parti itu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, Larkin, Kempas, Bukit Batu dan Pasir Raja.

Dalam satu majlis hari ini, Anwar mengumumkan Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan, 42, antara 5 calon Pakatan Harapan (PH) yang diumumkan bertanding bagi PRN Johor bagi DUN Kempas.

Selain itu, beliau turut mengumumkan, Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohd Fakhruddin Moslim akan bertanding di DUN Pasir Raja manakala, Setiausaha Cabang Tebrau, Arthur Chiong Sen Sern akan bertanding di DUN Bukit Batu.

“Dr Zamil Najwah Arbain pula yang pernah bertanding di DUN Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) ditampilkan semula di DUN Larkin dan Naib Pengerusi MPN Keadilan Johor, S Gopalakrishnan turut akan bertanding di DUN Tiram,”jelasnya.

Turut hadir, Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!