Home Pertahanan dan Keselamatan Lagi PATI Indonesia diusir keluar dari perairan negara

Lagi PATI Indonesia diusir keluar dari perairan negara

by Nurulhuda

TAWAU, 13 Feb – Pasukan Polis Marin Tawau (PPM) telah mengusir keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba memasuki negara melalui perairan negara, pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis Ridzauddin Selamat berkata, usaha ini dilakukan bagi melaksanakan seruan kerajaan dalam membendung penularan COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“PPM Tawau telah mengusir seorang lelaki dewasa warganegara Indonesia balik ke negara asal dan keluar dari perairan negara menaiki bot penambang,

“Lelaki tersebut juga diarahkan supaya tidak kembali semula ke negara ini bagi mengekang penularan wabak penyakit COVID-19,” jelasnya menerusi hantaran di media sosial PPM Wilayah 4, malam tadi.

Pada masa yang sama, Ridzauddin turut menjelaskan, pihaknya menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan kepada pihak berkuasa.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!