Home PolitikBarisan Nasional Kesian Muhyiddin, tiada modal dan ketandusan kecerdasan – Khaled Nordin

Kesian Muhyiddin, tiada modal dan ketandusan kecerdasan – Khaled Nordin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai ‘individu ketandusan kecerdasan’ kerana terus menyerang pemimpin UMNO yang digelarnya ‘kluster mahkamah’ sedangkan tiada seorang pun bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata Presiden Bersatu itu tiada modal konkrit, perancangan masa depan dan cita-cita baru untuk dihidangkan kepada pengundi negeri itu sebaliknya terus menyerang peribadi pemimpin UMNO.

“Saya kasihan benar dengan Presiden Bersatu ini. Benar-benar beliau ketandusan kecerdasan. Siang dan malam, tidur tak lena, mandi tak basah kerana dibayangi dengan ‘kluster mahkamah’,

“Rupanya penglibatan Bersatu dalam PRN Johor hanya untuk menentang ‘kluster mahkamah’. Tiada rencana konkrit, lakaran masa depan dan cita-cita yang segar,” katanya dalam hantaran Facebook pada Sabtu.

Muhyiddin, semalam mendakwa satu-satunya cara untuk menghalang ‘kluster mahkamah’ daripada kembali berkuasa ialah dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor.

“Jika parti mereka menang PRN Johor, mereka akan mendesak Perdana Menteri membubarkan Parlimen supaya pilihan raya umum pula dapat diadakan,

“Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri tetapi yang menguasai UMNO adalah Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi),

“Apabila Parlimen dibubarkan, yang berkuasa menentukan calon yang akan bertanding dan mengetuai parti dalam pilihan raya adalah Presiden, bukan Perdana Menteri,” katanya menerusi hantaran di laman sosialnya pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, Muhyiddin tidak seharusnya mengheret rakyat negeri itu ke kancah ketidaksukaan beliau terhadap tokoh tertentu.

“Yang utama kepada rakyat Johor ialah mencari kerajaan yang stabil dan boleh memulihkan semula ekonomi,” tambahnya.

Beliau turut mendakwa Muhyiddin sedang berdepan dengan krisis terbesar dalam perjalanan politiknya selepas kehilangan sokongan sebagai Perdana Menteri dan gagal dalam beberapa siri PRN termasuk di Melaka serta Sarawak.

Tambahnya, Bersatu kini hanya ada PAS sebagai sandaran, ketika ramai pemimpin dan ahli Bersatu keluar meninggalkan parti berkenaan.

“Dari sehari ke sehari, semakin ramai pimpinan dan ahli Bersatu keluar meninggalkan parti,

“Karma talkin beliau terhadap UMNO kembali menghantui BERSATU. Semuanya ciptaan beliau sendiri, bukan orang lain,” tegas Khaled. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!