Home Semasa COVID-19: PM ulang pendirian tidak laksana PKP, darurat

COVID-19: PM ulang pendirian tidak laksana PKP, darurat

by Bernama

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengulangi pendirian kerajaan untuk tidak kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mahupun darurat walaupun kes Covid-19 dilihat kembali meningkat.

Beliau berkata rakyat kini perlu hidup dengan COVID-19 dan menganggapnya sebagai endemik sebagaimana penyakit-penyakit mudah berjangkit yang lain.

“Kementerian Kesihatan, saya sendiri pun mengatakan bahawa kita terpaksa (hidup) bersama Covid-19. Covid-19 ini dianggap endemik seperti penyakit-penyakit lain, seperti demam selesema, denggi dan sebagainya yang mana kita perlu meneruskan kehidupan, tetapi kita kena kawal dari segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya,” katanya.

Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden Umno berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Jentera Barisan Nasional (BN) Parlimen Ledang di Dewan Putra Padang Lerek di Tangkak pada Jumaat.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor yang juga Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dan Ketua Umno bahagian Ledang Hamim Samuri.- Bernama

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!