Home Semasa COVID-19: Kes terus naik mendadak, kian hampiri paras 20 ribu

COVID-19: Kes terus naik mendadak, kian hampiri paras 20 ribu

by M.Daim

PUTRAJAYA, 10 Feb – Jumlah kes harian COVID-19 di negara ini kian meningkat dan menghampiri paras 20 ribu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan jumlah kes COVID-19 dalam negara pada hari ini adalah 19,090 kes

“Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,090 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,975,422 kes,” kata Noor Hisham di akaun Twitter rasminya.

Menurut beliau, hampir keseluruhan kes yang dilaporkan pada hari ini merangkumi kategori 1 dan 2.

“Sebanyak 18,977 kes (99.41%) kategori 1 dan 2 manakala 113 kes (0.59%) adalah kategori 3, 4 dan 5,” katanya.

Berdasarkan perincian oleh beliau, kes kategori 2 adalah tertinggi dengan 14,079 kes (73.75%).

Terdahulu, Noor Hisham menyatakan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt seluruh negara pada 9 Februari adalah 1.47.

Negara mengalami peningkatan mendadak kes harian COVID-19 semenjak awal Februari.

Malaysia mula mencatatkan bilangan kes 5 angka pada 6 Feberuari lalu dengan 10,089. Semalam, sebanyak 17,134 kes direkodkan.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khariy Jamaluddin telah menyatakan negara sedang berhadapan dengan gelombang baharu berikutan kewujudan varian Omicron dalam komuniti.

Varian Omicron tersenarai sebagai Varian Membimbangkan (Varian of Concern) oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada akhir November lalu. – airtimes.my

Notis peringatan: Artikel dan berita eksklusif Air Times News Network tidak dibenarkan untuk diulang terbit, ulang siar, dan dicetak. Penggunaan sebagai konten Youtube termasuk skrip turut dilarang sama sekali.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!