Home Pertahanan dan Keselamatan 60 Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera di Butterworth siap diubahsuai

60 Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera di Butterworth siap diubahsuai

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=cZJmy_-zx48[/embedyt]

 

BUTTERWORTH, 10 Feb – Pengubahsuaian 2 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) untuk digabungkan menjadi sebuah rumah dengan keluasan 1,700 kaki persegi hampir siap sepenuhnya.

Menteri Kanan Pertahaanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, pengubahsuaian 288 unit yang akan digabungkan menjadi 144 unit terus dilaksanakan dimana, 60 unit kini telah siap menerusi 3 fasa pembinaannya.

Beliau berkata, selain membina lebih banyak RKMAT baharu, pengubahsuaian dan naik taraf perlu dilakukan demi menambahbaik keselesaan selain keselamatan anggota serta ahli keluarga mereka.

“Perkara kedua yang menjadi tumpuan lawatan saya hari ini juga amat penting, ia berkait rapat dengan agenda yang dekat di hati serta sentiasa menjadi keutamaan saya sebagai Menteri Pertahanan iaitu Kebajikan khususnya berkaitan perumahan,

“Atas sebab itu, semasa saya menjadi Menteri Pertahanan sebelum ini, selain membina lebih banyak RKMAT baharu, saya turut mengarahkan agar RKMAT sedia ada di seluruh negara dinaiktaraf demi keselesaan dan keselamatan anggota serta ahli keluarga mereka,

“Saya mahu usaha naik taraf RKMAT ini dilaksanakan sebaik mungkin memandangkan keluasan RKMAT sedia ada iaitu 850 kaki persegi sudah tidak lagi menepati kelayakan semasa iaitu 1100 kaki,

“Susulan itu, beberapa tahun lalu saya pernah cadangkan agar dua unit RKMAT digabungkan menjadi 1 unit sekaligus menjadikan keluasan baharu ialah 1700 kaki persegi,” jelasnya.

Hishammudin berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penerimaan 3 buah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) AW 139 di Pangkalan Udara Butterworth, hari ini.

Jelasnya, perolehan AW139 adalah bertujuan sebagai penyelesaian sementara berikutan penamatan operasi helikopter Nuri pada tahun 2019.

Mengulas mengenai RKMAT, Hishammuddin menjelaskan, fasa 4 pengubahsuaian pula bakal dimulakan dalam masa terdekat yang akan melibatkan 168 unit asal digabungkan menjadi 84 unit.

Tambahnya, blok yang akan dinaiktaraf ini merupakan pangsapuri kelas G yang menempatkan anggota berpangkat Koperal (Udara) dan ke bawah.

“Saya akan pastikan semua pihak terlibat memainkan peranan dengan sebaik mungkin demi memastikan projek ubah suai Fasa 4 ini dapat disiapkan dalam tempoh dan spesifikasi yang dirancang,

“Anggota ATM dan ahli keluarga mereka merupakan wira negara yang amat besar jasanya kepada negara. Tiada ruang kepada mana-mana pihak untuk bersikap sambil lewa dalam usaha berkaitan kediaman mereka,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!