KOTA TINGGI, 9 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 12 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia cuba menyusup keluar dari Malaysia melalui jalan tidah sah di pinggir hutan Tenggaroh, pada Selasa.
Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) berkata, pada jam 5 pagi, tim ronda telah mengesan dan melihat pergerakan orang yang mencurigkan di kawasan tersebut setelah menerima majlumat daripada orang kampung.
“Tim Quick Reaction Force (QRF) telah diaturgerakkan ke lokasi kejadian dan berjaya menahan 12 orang PATI pada jam 6.15 pagi,” katanya dalam kenyatan, semalam.
Sementara itu ditempat lokasi, tim QRF telah menjumpai sebuah beg yang mengandungi dadah telah ditinggalkan salah seorang PATI yang melarikan diri.
“Dalam beg tersebut mengandungi dadah jenis ganja (kanabis) anggaran seberat 0.03 gram dan sepaket syabu (methamphetamine) anggaran seberat 0.01 gram,” ujarnya.
Katanya, kesemua PATI berusia 18 hingga 45 tahun itu diserahkan ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk proses pemeriksaan dan dokumentasi.
“2 laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Ambat dan Balai Polis Bayu Damai,
“Kesemua PATI telah dibuat saingan COVID-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit dan hasil saringan adalah negatif,” jelasnya.
Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,077.08 melibatkan matawang Malaysia RM47.20, matawang Indonesia IDR 2,000 (RM29.88) dan sebuah telefon bimbit bernilai RM900.
Manakala ganja yang dirampas seberat 0.03 gram bernilai RM50 dan sepaket syabu seberat 0.01 gram bernilai RM50.
Seterusnya, kesemua PATI telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), manakala dadah tersebut pula diserahkan kepada Balai Polis Bayu Damai untuk tindakan selanjutnya. -airtimes.my