KUALA LUMPUR, 7 Feb – UMNO sentiasa terbuka dan menerima mana-mana bekas ahlinya kembali menyertai parti ini semula, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“UMNO adalah gerakan menabur bakti dan kebaikan. Pintunya terbuka untuk semua. Tanpa mengira latar umur dan asal usul,
“Namun, andai mereka yang meninggalkan UMNO dan berhasrat kembali, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Namun, parti ini mesti berlaku adil dan tegas,” katanya menerusi media sosialnya, hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, mereka yang mahu kembali perlu melalui proses seperti termaktub dalam perlembagaan UMNO.
“Proses penerimaan semula mesti melalui proses seperti dalam perlembagaan UMNO. Diterima hanya sebagai ahli biasa. Tanpa syarat. Tanpa keistimewaan atau kelebihan,
“Ingat, UMNO adalah gerakan menabur bakti dan kebaikan,” jelasnya. – airtimes.my