Home Semasa PRN Johor boleh diteruskan – Khairy Jamaluddin

PRN Johor boleh diteruskan – Khairy Jamaluddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih boleh diteruskan seperti yang dirancang, walaupun negara sedang berdepan dengan gelombang Omicron.

Beliau berkata, keputusan meneruskan PRN Johor dibuat berdasarkan data yang dikumpulkan menunjukkan varian Omicron tidak menunjukkan kesan teruk berbanding Delta.

“Kesan Omicron tidak seserius varian Delta, semua data menunjukkan kesanya akibat varian Delta,

“Jadi, PRN Johor akan diteruskan, tetapi dengan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah mengemukakan syor mengenai SOP pengundian kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi.

“SOP PRN Johor dilaporkan hampir selesai dan akan dibentang kepada pengurusan tertinggi KKM dalam masa terdekat dan akan menyaksikan sedikit perbezaan berbanding SOP semasa PRN Melaka dan Sarawak dengan mengambil kira kewujudan Omicron,” tambahnya.

SPR dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian selepas mesyuaratnya pada Rabu (9 Feb).

Pada 22 Jan lepas, DUN Johor dibubarkan, memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply