Home Pertahanan dan Keselamatan PPM gagalkan cubaan seludup minyak ke negara jiran

PPM gagalkan cubaan seludup minyak ke negara jiran

by Air Times News Network

SEMPORNA, 6 Feb – Pasukan Polis Marin (PPM) telah berjaya menahan sebuah bot yang sarat dengan muatan barang terkawal di sekitar Pulau Gaya, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintenden Mohamad Ismail berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati beberapa jerikin berisi minyak petrol yang cuba diseludup keluar ke negara jiran.

“Kesemua rampasan berkenaan dianggarkan berjumlah RM 5,793.75”, katanya dalam satu kenyataan media sosial PPM.

Jelas beliau, barang rampasan telah dibawah ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mohamad menjelaskan, sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang boleh dilaporkan secara terus ke Pusat Komunikasi PPM Sabah. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!