Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat kongsi pengetahuan modenisasi kereta perisai Adnan bersama rakan serantau

Tentera Darat kongsi pengetahuan modenisasi kereta perisai Adnan bersama rakan serantau

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) berkongsi pengetahuan mengenai teknologi dan kaedah program modenisasi bagi kenderaan perisai ACV 300 Adnan bersama rakan serantau dan antarabangsa, pada Jumaat.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain telah mempergerusikan Webinar-Modenisasi Kenderaan Perisai ACV 300 ADNAN yang diadakan secara atas talian di Pusat Operasi Tentera Darat (POTD).

Menurut TDM, tujuan webinar ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan mengenai teknologi dan kaedah program modenisasi khususnya bagi Kenderaan Perisai ACV 300 Adnan, sistem persenjataan generasi baru dan teknologi kenderaan darat tanpa pemandu (UGV).

Turut dibincang dalam webinar ini adalah usaha-usaha untuk mempromosikan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022 yang akan diadakan pada 28 hingga 31 Mac 2022 nanti.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman, wakil dari DSA, Puan Normah Abu serta wakil dari Syarikat FNSS, Mr Tolga Sipahi. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!