Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-9 bukti tahap profesionalisme tugas operasi anggota wanita

MALBATT 850-9 bukti tahap profesionalisme tugas operasi anggota wanita

by Air Times News Network

LUBNAN, 5 Feb – Pegawai dan anggota wanita Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-9 membuktikan tahap profesionalisme dalam melaksanakan tugas operasi di barisan hadapan dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam hantran di media sosialnya berkata, pegawai dan anggota wanita turut serta dalam tugasan anggota lelaki MALBATT dan tentera Lubnan seperti rondaan serta tugasan di check point.

“MALBATT 850-9 telah melakar sejarah apabila buat julung kalinya menampilkan jumlah anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) paling ramai sejak terbabit misi Pasukan Interim PBB (UNIFIL),

“Melibatkan 11 pegawai dan 75 anggota wanita ATM,” katanya.

Kekuatan keseluruhan MALBATT 850-9 ialah seramai 854 orang iaitu 83 pegawai dan 771 anggota diketuai Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin selaku Komander MALBATT 850-9.

Menurut MK AB, ATM terus komited untuk menghantar lebih ramai pegawai dan anggota wanita bagi menyertai misi pengaman pada masa akan datang selaras dengan ketepatan oleh PBB.- airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!