PUTRAJAYA, 4 Feb – Kes harian wabak COVID-19 dalam negara pada hari ini melonjak sebanyak 7,234 jangkitan, sekaligus menunjukkan peningkatan kes dalam tempoh tiga hari berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman sosialnya berkata, jangkitan baru pada hari ini sekaligus mencatatkan kes kumulatif wabak berkenaan di dalam negara meningkat kepada 2,895,014.
Semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 5,720 kes baharu.
Daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 5,590 kes positif baharu adalah penularan tempatan membabitkan seramai 5,405 warganegara dan 185 individu lagi bukan warganegara.
Sebanyak 130 kes import dilaporkan semalam iaitu 69 warganegara dan 61 bukan warganegara.
Daripada 5,720 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 43 kes adalah kategori 3, 4, dan 5, serta 5,677 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Sebanyak 114 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 56 kes memerlukan bantuan pernafasan. -airtimes.my