ABU DHABI, 31 Jan – Tentera Emiriyah Arab Bersatu (UAE) hari ini mengesahkan pasukan pertahanan udara negara itu telah berjaya memintas peluru berpandu yang dilancarkan oleh puak Houthi.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan serpihan peluru berpandu balistik yang dilancarkan jatuh di kawasan yang tidak mempunyai penduduk,” kata Kementerian Pertahanan UAE dalam satu kenyataan.
Pada masa yang sama, pihaknya turut mengesahkan tentera udara negara teluk itu berjaya mengesan dan memusnahkan tapak pelancar peluru berpandu balistik.
Sementara itu, pihak berkuasa penerbangan UAE melaporkan serangan terbaharu itu tidak memberi sebarang kesan kepada operasi penerbangan dan lapangan terbang di negara itu.
Jurucakap tentera Houthi, Brigedier Jeneral Yahya Saree menyatakan pihaknya telah melancarkan serangan terhadap UAE. – airtimes.my