Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Tidak pelik ada yang cuba musnahkan jambatan Muafakat Nasional

Tidak pelik ada yang cuba musnahkan jambatan Muafakat Nasional

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tidak pelik ada yang cuba membakar jambatan Muafakat Nasional (MN) antara PAS dan UMNO.

Beliau berkata, penubuhan gagasan MN ini dari awal lagi ada pihak yang tidak selesa kewujudannya.

“Ada yang kurang mesra Muafakat Nasional daripada awal lagi. Kalau sekarang ada yang membakar jambatan tiada yang pelik. Tidak sedikit yang sebegini daripada kedua belah pihak,

“Namun, ia tidak menghalang untuk kita terus memperjuangkan perpaduan umat,

“Sekiranya PAS dan UMNO gagal untuk bersatu pada platform politik berpilihanraya kita masih terus bertanggungjawab menjaga muafakat umat untuk pelbagai lagi kepentingan bersama dari sudut agama, ekonomi, sosial dan pendidikan demi kebaikan rakyat,” katanya dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.

Katanya, budaya politik matang sejahtera masih menjadi sebahagian dasar PAS dalam membawa politik dakwah.

“Usahlah serang menyerang. Ambillah politik damai menghormati pilihan masing-masing. Teruskan berdoa yang terbaik untuk umat,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!