Home PolitikBarisan Nasional Semoga Abah tak menyesal tubuh Bersatu dan cuba bunuh UMNO – Puad Zarkashi

Semoga Abah tak menyesal tubuh Bersatu dan cuba bunuh UMNO – Puad Zarkashi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi ‘poster boy’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Beliau berkata, nyawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah terletak pada Muhyiddin yang menentukan hidup mati parti tersebut.

“Saya nak cabar Muhyiddin supaya dia kekal jadi ‘poster boy’ PN di PRN Johor. Tolong guna slogan sama macam di Melaka ‘Abah Sayang Johor’,

“Masa 6 bulan pertama jadi Perdana Menteri (PM) ke 8, Muhyiddin dan pengampunya mendakwa dia adalah PM paling popular. Rupanya selepas 17 bulan, Abahku hilang jawatan PM. Dia ‘PMGagal’,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Menurut Mohd Puad, PRN Johor adalah beban berat kepada Muhyiddin bagi menentukan medan hidup mati PPBM.

“Semoga Abahku tidak menyesal kerana tubuh PPBM dan cuba bunuh UMNO. Dia patut kesal dan malu kerana kalah dengan ahli akar umbi UMNO yang kental setia dengan UMNO,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!