KIEV, 30 Jan – Disebalik ancaman perang dari Rusia dan bantuan dari NATO serta Amerika Syarikat (AS), Ukraine memperhebatkan persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan di wilayah Eropah Timur itu.
Antaranya latihan tempur di kalangan anggota tentera simpanan Ukraine di Kyiv. Latihan dilakukan sebagai persediaan rakyat negara itu untuk melawan serangan tentera Rusia sekiranya memasuki ibu negara Ukraine.
Media Ukraine melaporkan, latihan sebegini dijalankan bagi membiasakan rakyat negara itu untuk menggunakan taktik tempur yang betul sekiranya berlaku situasi peperangan.
Mereka menggunakan senapang kayu sebagai pendedahan awal kepada orang awam Ukraine untuk mengendalikan senjata api.
Walaupun majoriti daripada mereka adalah masyarakat biasa, terdapat di kalangan anggota simpanan yang hadir berlatih membawa senjata mereka sendiri dan ada juga yang berpengalaman menghadapi pertempuran di kawasan timur Ukraine – Donetsk dan Crimea.
Kyiv pada tahun ini telah melancarkan pasukan Pertahanan Wilayah pada tahun ini sebaik sahaja Rusia ancam untuk menawan Ukraine.
“Pasukan Pertahanan Wilayah yang dilancarkan oleh Kyiv adalah bertujuan membentuk lapisan pasukan pertahanan di Ukraine,
“Penubuhan ini mensasarkan 130 ribu penyertaan dari rakyat Ukraine,” lapor media tempatan Ukraine.
Selain menggunakan pasukan tentera, Ukraine dan Rusia masing-masing turut menggunakan tenaga anggota tentera sukarela serta militia dalam beberapa siri pertempuran di Donetsk. – airtimes.my
Galeri gambar: