776
RIYADH, 30 Jan –Tentera Gabungan Arab telah melancarkan serangan di 27 lokasi di wilayah Marib.
“Seramai 90 orang militia Houthi dan 13 kenderaan tempur milik puak itu musnah dalam siri serangan yang dilancarkan,” lapor agensi media Arab Saudi.
Tentera gabungan diketuai Arab Saudi perhebat serangan terhadap Yaman semenjak Houthi melancarkan Operasi Badai Yaman terhadap UAE pada lewat Januari.
Operasi tersebut melibatkan siri serangan peluru berpandu kruis, peluru berpandu balistik dan UAV terhadap UAE serta Arab Saudi. – airtimes.my