773
JOHOR, 28 Jan – Seramai 525 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), penjawat awam Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan keluarga menerima suntikan vaksin dos penggalak dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 BGD) dalam hantaran di media sosialnya berkata, pelaksanaan program ini merupakan salah satu alternatif mempercepatkan pemberian vaksin berbanding pemberian suntikan secara statik.
“Program vaksinasi pandu lalu sekali gus dapat mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat,
“Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu ini melibatkan 5 saluran laluan kenderaan serta lima stesen suntikan membabitkan seramai 75 petugas,” katanya. – airitmes.my