Home Politik PRN Johor: Keadilan tanding guna lambang parti sendiri – Majlis Presiden PH

PRN Johor: Keadilan tanding guna lambang parti sendiri – Majlis Presiden PH

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menyatakan mereka menghormati hasrat Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) akan bertanding dengan menggunakan lambang parti semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam kenyataan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim (Keadilan), Mohamad Sabu (Amanah), Lim Guan Eng (DAP) dan Wilfred Madius Tangau (UPKO), agihan kerusi yang akan ditandingi oleh parti komponen PH telah dimuktamadkan.

Pada masa yang sama, PH turut menyatakan pendirian akan meneruskan kerjasama dengan parti pembangkang lain.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini mengulangi pendirian akan meneruskan rundingan kerjasama dan pembahagian kerusi dengan semua parti pembangkang termasuklah Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA),

“Hal ini akan memperkukuh saingan dari blok pembangkang dalam mendepani pilihanraya Negeri Johor yang akan datang,” kata kenyataan itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!