Home SemasaGlobal Indonesia ambil alih kawalan udara Singapura di Natuna, Riau

Indonesia ambil alih kawalan udara Singapura di Natuna, Riau

by Air Times News Network

RIAU, 26 Jan – Indonesia dan Singapura telah menandatangani perjanjian bagi menyelesaikan isu kawalan udara antara kedua-dua negara.

Perjanjian tersebut dimeterai semasa pertemuan Presiden Indonesia, Joko Widodo dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, semalam.

Kedua-dua negara telah bersetuju untuk menyusun semula sempadan Kawasan Maklumat Penerbangan (Flight Information Region, FIR) Singapura dan Indonesia.

“Perjanjian itu ialah bagi penjajaran semula sempadan, FIR Jakarta dan Singapura dan ekstradisi pelarian,

“Perjanjian bersama antara Menteri Pertahanan adalah mengenai perjanjian kerjasama pertahanan 2007 dan aturan pelaksanaan antara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi kawasan latihan,” lapor media Singapura.

Di bawah perjanjian FIR, kedua-dua negara akan menjajarkan sempadan tersebut dalam tempoh 25 tahun. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!